KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi berjumlah RM103.43 juta iaitu yang terbanyak sejak penubuhan institusi perbankan tersebut sejak 1950.
Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
"Peningkatan keuntungan ini dipacu dengan pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan juga Pembiayaan Perumahan di samping pembiayaan koperasi dan korporat yang membantu keuntungan CBP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
"Selain itu, CBP juga mencatatkan pertambahan aset yang tertinggi sebanyak RM7.73 bilion sehingga 31 Disember 2022 berbanding RM6.07 bilion yang disaksikan semasa tahun sebelumnya dengan kenaikan berjumlah 28 peratus," katanya di dalam satu kenyataan semalam.
Baharom turut berkata pengumuman dividen akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Insya-Allah kadar dividen yang dicadangkan kepada SKM adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu dan seiring dengan keuntungan yang telah dicapai pada 2022,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Baharom (dua, kanan) meneliti buku laporan kewangan CBP tahun 2022 ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-63 CBP di Kuala Lumpur, 11 Jun 2023. - Foto ihsan CBP
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
CBP buka cawangan ke-31 di Miri, beberapa lagi di Sabah dan Terengganu pada suku pertama 2024
Pembukaan cawangan Sarawak adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat seiring dengan perancangan strategik CBP.
Co-opbank Pertama peruntuk RM10 juta, tawar skim pembiayaan CoStar
CBP mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM103.43 juta iaitu yang tertinggi sejak penubuhan institusi perbankan itu sejak 1950.
CBP jalin kerjasama dengan 12 IPT, sedia geran penyelidikan
Geran penyelidikan yang diberikan adalah daripada agihan wakalah zakat CBP Fasa 1 dan Fasa II berjumlah RM512,000.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
CBP: Cawangan ke-29 di Tawau penuhi keperluan perbankan masyarakat setempat - Baharom
Pembukaan cawangan Co-opbank Pertama (CBP) yang ke-29 di Tawau bakal memenuhi keperluan perbankan masyarakat setempat di lokasi berkenaan.
Fit AWANI: Perlawanan Persahabatan AWANI dan Co-opbank Pertama
Menyemai semangat perpaduan menerusi sukan antara matlamat program Fit AWANI yang kembali dianjurkan Astro AWANI.
Co-opbank beri anggota peluang tambah saham
Peluang untuk menambah jumlah saham di bank koperasi dibuka kepada anggota sedia ada Co-opbank Pertama (CBP) bermula 1 Jun lalu.
Co-opbank Pertama komited bantu golongan B40
Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40.